Tuesday, October 11, 2005

Video Debat Muallaf vs Murtadin

Debat ini antara Islam dan Kristian. Tapi ia berbeza dengan debat-debat sebelumnya. Kita seringkali mendengar atau menonton debat antara orang yg beragama Islam dan kristian. Ahmad Deedat (almarhum) atau Dr Zakir Naik adalah cendekiawan muslim yang pakar dalam debat Islam Kristian. Tetapi debat ini lain dari debat-debat sebelumnya. Kenapa? Kerana debat ini adalah debat pendeta mantan muslim dan ustaz mantan kristian. Penganut kristian yg masuk Islam mempertahankan keislamannya dan mengemukakan hujah kepada orang Islam yg murtad (yang masuk kristian). Apa yang menarik lagi ialah mereka yang murtad itu bertaraf Dr. (tidak pasti Doktor perubatan atau Doktor Falsafah) iaitu Dr Muhammad Fatah dan Dr Edhie Saptoweana. Juga antara ahli panel tersebut iaitu Yoshua Winaadi menerima pendidikan di pasentran terkenal Indonesia .

Salsabila menontonnya di webrtv. Tetapi tak pasti pulak macam mana hendak daptkan VCD ini di pasaran.

Ahli panel di dalam dialog ini bukan calang-calang orang. Mereka bertaraf DR. Setinggi mana kebijaksanaan dan kepakaran manusia, tidak menjamin ia mendapat iman dan hidayah daripada Allah.

Gejala murtad juga sudah lama menular di dalam masyarakat termasuk di IPT. Antara taktik yang dilakukan adalah pemuda kristian berpura-pura jatuh cinta dengan gadis pelajar muslim di IPT, kononnya ingin belajar agama Islam tetapi niat sebenarnya adalah untuk memurtadkan gadis tadi. Risau sangat bila memikirkan adik-adik Salsabila (mungkin adik-adik tuan-tuan juga) yang sedang belajar di IPT. Moga Allah lindungi mereka.

Bilakah agaknya orang Islam akan kembali sensitif seperti sensitifnya mereka di waktu membela kes Natrah di Singapura tahun 1950 dahulu?

Begitulah jika Allah ingin memberi hidayah-Nya atau menarik balik nikmat keimanan yang mereka jual-beli dengan dunia. Mudahan mereka yang murtad ini kembali beriman.

'Rabbana la tuzigh quluubana ba'da iz hadaitana, wahab lana min ladunka rahmatan, innaka antal wahhab'...Amin.

Baca lagi: Gambar-gambar dialog ini dari al-ahkam.net.

4 Comments:

At 6:22 AM, Anonymous Anonymous said...

bisakah saya mendapatkan video nya....
saya ingin be;ajar lebih tentang islam..untuk mempertahankan islam ku..
karena skrg ini saya punya pacar seoarang katolik,.....
semoga dia mendapat hidayah Allah...

 
At 9:01 AM, Anonymous indra said...

kalau anda mau saya burningkan video debat itu silahkan hubungi alamat email saya di indrasn@yahoo.co.id

 
At 9:57 PM, Anonymous Anonymous said...

mas saya mau donk vid debat ini klo ada

 
At 4:06 AM, Anonymous Debat Islam said...

Saya punya Kumpulan Videonya, lumayan lengkap...

 

Post a Comment

<< Home